Monday 14 November 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang hebat!!!

Anugerah yang diterima boleh dijadikan pembakar semangat, motivasi dan batu lonjatan untuk bekerja dengan lebih efekti, aktif dan progresif...

Anugerah ini juga menjadi kebanggaan kami sebagai rakan seperjuangan...

Apa yang lebih membanggakan di sini, ialah wakil daripada zon 2 (Kangar) telah menerima Anugerah tersebut. di mana Penyelia kami  iaitu Cik Rosmiza bt Kamih @ Alwi dan Petugas Pd Titi Tok Bandar iaitu En. Mohd Ridzuan b Mohd Razi turut menerima anugerah tersebut.

Antara lain, ialah kak Liza, kak Ila dan Zura...

#proudtobestafofPPANPs





Monday 7 November 2016

LAWATAN PEMANTAUAN PERKHIMATAN PERPUSTAKAAN, KHIDMAT NASIHAT DAN MENINJAU KEROSAKAN BANGUNAN PERPUSTAKAAN DESA DI PERLIS

OLEH :

EN MUSTAFA BIN DAUD (PENOLONG PENGARAH KANAN, BPPD)
DAN 
EN. SAM SANI (PENOLONG JURUTERA, BPPD)

TARIKH : 07 NOVEMBER 2016


Alhamdulillah...syukur kepada Allah s.w.t kerana Perpustakaan Desa Mata Ayer telah terpilih sebagai tempat persinggahan En. Mustafa dan En. Sam bagi lawatan kali ini. Tidak dilupakan juga kepada Penyelia Zon 2 Cik Rosmiza kerana mencadangkan PD kami :) . Selain itu, ucapan terima kasih juga kepada En. Tarmizi, En. Dahlan, En. Mazlan, En. Masri, dan Pn. Norwani :)

Lawatan kali ini amat bermakna dan pelbagai penambahbaikan serta nasihat yang telah diberikan oleh En. Mus dan En. Sam kepada kami. Terima kasih juga kerana keprihatinan dan tindakkan yang bakal diambil terhadap masalah yang telah diusurkan.

Terima Kasih semua... :)

  #terimakasihdaunkeladi 
#mailapdmataayer
#mai..oiii...mai...