Wednesday, 19 October 2016

KURSUS TEAM BUILDING 2016




TARIKH : 14-16 OKTOBER 2016
TEMPAT : PERASA AUTOCAMP, CHANGKAT JERING, PERAK

Minggu lepas kami Team Perpustakaan Perlis Telah menghadiri kursus Team Building :)

Emm...tahun ni Kursus Team Building agak menarik. selalunya, kalau dengar kursus ja...mesti kat hotel kan?  ;) tapi kali ni...Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah memilih tempat kursus yang agak berbeza dan menarik. 

Kursus kali ini kami di bawa ke Kem Perasa, Perak. Emm...memang tak sabar nak kursus. tapi sebelum kursus kami telah diberi taklimat oleh En. Tarmizi. Taklimat yang diberikan oleh En. Tarmizi telah mengambarkan serba sedikit tentang kursus yang akan dihadiri....huhuhu
agak teruja dan tak sabar nak kursus....

Hmmm....hari yang dinanti-nanti telah tiba. Team Perpustakaan Perlis siap siaga untuk bekursus :)
kami menaiki bas dari perbadanan perpustakaan awam negeri perlis terus ke Kem Perasa, Changkat Jering, Taiping Perak. sampai ja di sana kami telah disambut oleh dua orang tenaga pengajar iaitu pak su dan wak...

Maka...bermulalah episod kursus yang berbentuk Softskill :). IQ (Hardskill) penting...namun yang utama ialah EQ (Softskill) :)

Terima kasih pak su, wak, Pn. Macita, En. Tarmizi, Cik Siti, dan rakan-rakan...

Tidak akan dilupai kulaan-kulaan semua...

Di bawah ada beberapa gambar ketika kursus ;)



  Baru sampai...hujan lebat...huhuhu
                                         
                                          Perisian Kursus

                                       Hidangan makan malam yang menarik :)


                                    Cabaran menyediakan hidangan makan malam :)


                                           HBD Pak Su dan Wak :)

                                        Cik Siti, Pn. Macita dan En. Tarmizi
    
                                       Suasana ketika kursus
                                                    

KENALI 2 JUARA PARALIMPIK DUNIA YANG BERASAL DARI NEGERI PERLIS

Alet Lompat Jauh, Abdul Latif Romly





  1.  Latif merupakan atlet yang tergolong dalam kurang upaya intelektual.
  2.  Berusia 19 tahun, Latif berasal dari Kampung Paya Kelubi, Perlis.
  3. Tahun ini merupakan penampilan pertamanya dalam Sukan Paralimpik- beliau berjaya memecahkan rekod dunia yang dicatat oleh atlet Sepanyol, Jose Exposito (7.37m) pada tahun 2003
  4.  Beliau berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat jauh pada Kejohanan Sukan Para Asia 2014, ASEAN Para Games 2015, Kejohanan Dunia Olahraga IPC 2015, Paralimpiad Sukma Sarawak 2016.
  5.  Selepas mencatat lompatan yang begitu cemerlang pada Sukma 2016, Latif telah berada dalam kedudukan baik untuk melakar kejutan membawa pulang emas di Rio.
  6.  Menurut portal Malaysia Online Marketing, Latif berlatih di Jerman sebagai persiapan ke Sukan Paralimpik edisi tahun ini.
  7.  Pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016, Latif berjaya menewaskan atlet normal untuk meraih pingat emas serta mencatat rekod dunia yang baharu (7.46 m).



Atlet 100 Meter, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi





  1. Lahir pada tanggal 27 September 1987, Ridzuan berusia 29 tahun dan berasal dari Padang Besar, Perlis.
  2. Menghidap Cerebral Palsy sejak berusia setahun.
  3. Penyumbang emas pertama Malaysia, Paralimpik Rio 2016 (12.07 saat, acara 100m T36)
  4. Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2015
  5. Emas dan pembawa bendera Malaysia, Sukan Para ASEAN Singapura 2015
  6. Emas Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia Qatar 2015 & Kejohanan Asia-Oceania 2015
  7. Kemunculan pertama sebagai atlet negara di Sukan Para ASEAN Solo, Indonesia 2011


Bersama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man 
Kedua-dua wira negara itu turut diarak menaiki bas bermula dari sempadan pintu gerbang Ulu Pauh dan melalui pekan Pauh sebelum singgah di Pasar raya Cmart, Arau dan meneruskan perarakan melalui Bulatan Jubli Emas dan terus ke Dataran Datuk Sheikh Ahmad. Kira-kira 500 rakyat negeri ini menyambut ketibaan mereka.



Wednesday, 12 October 2016

KURSUS ASAS PERPUSTAKAAN DESA 2016





HARI INI ADA BENGKEL PEMANTAPAN  BLOG PD...


(Gambar bengkel Blog zon 2)

HARI INI SAYA DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN AKAN BELAJAR CARA MEMBUAT BANNER BLOG PERPUSTAKAAN DESA MENGGUNAKAN PERISIAN PHOTOSHOP.. ASYIK LEKA MEMBUAT BANNER..RAMAI YANG BERTANYA CARA MEMBUAT TULISAN  NAIK KE ATAS.. TURUN KE BAWAH.. KIRI KE KANAN...KANAN KE KIRI...OK... DISINI SAYA AKAN KONGSIKAN BEBERAPA KODING JAVASCRIPT UNTUK RAKAN-RAKAN YANG BARU BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA MEMBINA BLOG...

1. Sekarang kita akan cuba membuat variasi dari kod di atas. Kita akan membuat teks ini bergerak turun.

Hasilnya...

MARQUEE BERGERAK KE BAWAH 
Contoh KOD:
<marquee direction="down" height="100">MARQUEE BERGERAK KE BAWAH</marquee>  

2. CONTOH KOD ARAHAN / direction="left/right/up/down" digunakan untuk arah pergerakan text

Hasilnya...MARQUEE BERGERAK KE KANAN
MARQUEE BERGERAK KE KANAN Contoh kode:
<marquee direction="right">MARQUEE BERGERAK KE KANAN</marquee>

Untuk memasang gadget Blog Selamat Datang Flash Message Effect seperti di atas.. sila klik link ini http://www.widgeo.net/?ref=geo

  selamat mencuba kawan-kawan seperjuangan... ilmu sama di kongsi..


*banyak lagi koding javascript dan html yang boleh kita dapat melalui enjin carian google   (",)

HARI SUKAN NEGARA

HARI SUKAN NEGARA 08/10/2016... SEMANGAT AHLI-AHLI PERPUSTAKAAN DESA MATA AYER