Wednesday 19 October 2016

KENALI 2 JUARA PARALIMPIK DUNIA YANG BERASAL DARI NEGERI PERLIS

Alet Lompat Jauh, Abdul Latif Romly





  1.  Latif merupakan atlet yang tergolong dalam kurang upaya intelektual.
  2.  Berusia 19 tahun, Latif berasal dari Kampung Paya Kelubi, Perlis.
  3. Tahun ini merupakan penampilan pertamanya dalam Sukan Paralimpik- beliau berjaya memecahkan rekod dunia yang dicatat oleh atlet Sepanyol, Jose Exposito (7.37m) pada tahun 2003
  4.  Beliau berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat jauh pada Kejohanan Sukan Para Asia 2014, ASEAN Para Games 2015, Kejohanan Dunia Olahraga IPC 2015, Paralimpiad Sukma Sarawak 2016.
  5.  Selepas mencatat lompatan yang begitu cemerlang pada Sukma 2016, Latif telah berada dalam kedudukan baik untuk melakar kejutan membawa pulang emas di Rio.
  6.  Menurut portal Malaysia Online Marketing, Latif berlatih di Jerman sebagai persiapan ke Sukan Paralimpik edisi tahun ini.
  7.  Pada Sukan Malaysia (Sukma) 2016, Latif berjaya menewaskan atlet normal untuk meraih pingat emas serta mencatat rekod dunia yang baharu (7.46 m).



Atlet 100 Meter, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi





  1. Lahir pada tanggal 27 September 1987, Ridzuan berusia 29 tahun dan berasal dari Padang Besar, Perlis.
  2. Menghidap Cerebral Palsy sejak berusia setahun.
  3. Penyumbang emas pertama Malaysia, Paralimpik Rio 2016 (12.07 saat, acara 100m T36)
  4. Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2015
  5. Emas dan pembawa bendera Malaysia, Sukan Para ASEAN Singapura 2015
  6. Emas Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia Qatar 2015 & Kejohanan Asia-Oceania 2015
  7. Kemunculan pertama sebagai atlet negara di Sukan Para ASEAN Solo, Indonesia 2011


Bersama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man 
Kedua-dua wira negara itu turut diarak menaiki bas bermula dari sempadan pintu gerbang Ulu Pauh dan melalui pekan Pauh sebelum singgah di Pasar raya Cmart, Arau dan meneruskan perarakan melalui Bulatan Jubli Emas dan terus ke Dataran Datuk Sheikh Ahmad. Kira-kira 500 rakyat negeri ini menyambut ketibaan mereka.



No comments:

Post a Comment