Monday 31 October 2016

FIESTA SENI 2016 "PERLIS PERMAI LAGI MEMPESONA"

AKTIVITI     : FIESTA SENI 2016 
TARIKH       : 26-27 OKTOBER 2016 
TEMPAT      : GALERI SENI LUKIS NEGERI PERLIS, PERPUSTAKAAN CAWANGAN   
                         SIMPANG EMPAT. 


Program ini merupakan kerjasama antara Perpustkaan Awam Negeri Perlis dan penggiat-penggiat  seni fotografi, seni kraftangan, seni lukis, seni persembahan dan mendapat penglibatan daripada pelbagai pihak. Program ini menjadi platform kepada peminat seni serta generasi baharu berkongsi idea dan bertukar pandangan tentang seni dengan berkonsepkan aktiviti bersama komuniti, mermatabatkan seni apresiasi seni berunsur alam semula jadi merangkumi sejarah dan kewujudan negeri Perlis, sosio budaya masyarakat, dan tempat-tempat menarik di negeri Perlis. Disamping itu juga, dapat mempromosikan negeri Perlis kepada umum. hasil karya ini akan dipamerkan di galeri Seni Lukis Negeri Perlis.

Majlis ini turut dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DTMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Antara lain yang menarik ialah terdapat pelbagai aktiviti sampingan telah diadakan sepanjang fiesta ini berlangsung seperti pameran, pertandingan mewarna tadika, nasi ulam dan asam pedas keladi, anyaman sarung cempedak, kursus fotografi, i play toy library, melukis, cari khazanah, pertandingan dam aji, congkak, sepak raga bulat, batu 7, baca jawi (kanak-kanak dan dewasa) isi air dalam botol, kerusi muzik, dan lambung kasih.

Berikut merupakan gambar sekitar majlis berlangsung. 

                                          Antara lukisan yang dipamerkan

                                          Foto Perlis Permai lagi Mempesona

Lukisan Potret DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DTMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

                                          Pameran oleh Perlis Nature and Wildlife




No comments:

Post a Comment