Wednesday, 11 January 2017

Jom Pi Perpustakaan Desa Kampung Bongkok

Ha...baru nak update pasai Jom Pi Perpustakaan Desa Zon 2 di Mylike Kampung Bongkok....
(komputer rosak...) :( 

Tarikh : 12 Nov 2016
Tempat : Mylike Kampung Bongkok

Terdapat pelbagai acara yang telah dijalankan... anataranya ialah : 
#pertandingan loghat perlis
#pertandingan memasak
#permainan tradisional
#sukaneka
#pameran dari Jabatan lain (ada mencanting batik)
#mewarna kanak-kanak
#klik dengan bijak
#pemeriksaan kesihatan
#anugerah pembaca aktif

ok...jom tengok gambar sepanjang program berlangsung :)






















Monday, 14 November 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang hebat!!!

Anugerah yang diterima boleh dijadikan pembakar semangat, motivasi dan batu lonjatan untuk bekerja dengan lebih efekti, aktif dan progresif...

Anugerah ini juga menjadi kebanggaan kami sebagai rakan seperjuangan...

Apa yang lebih membanggakan di sini, ialah wakil daripada zon 2 (Kangar) telah menerima Anugerah tersebut. di mana Penyelia kami  iaitu Cik Rosmiza bt Kamih @ Alwi dan Petugas Pd Titi Tok Bandar iaitu En. Mohd Ridzuan b Mohd Razi turut menerima anugerah tersebut.

Antara lain, ialah kak Liza, kak Ila dan Zura...

#proudtobestafofPPANPs





Monday, 7 November 2016

LAWATAN PEMANTAUAN PERKHIMATAN PERPUSTAKAAN, KHIDMAT NASIHAT DAN MENINJAU KEROSAKAN BANGUNAN PERPUSTAKAAN DESA DI PERLIS

OLEH :

EN MUSTAFA BIN DAUD (PENOLONG PENGARAH KANAN, BPPD)
DAN 
EN. SAM SANI (PENOLONG JURUTERA, BPPD)

TARIKH : 07 NOVEMBER 2016


Alhamdulillah...syukur kepada Allah s.w.t kerana Perpustakaan Desa Mata Ayer telah terpilih sebagai tempat persinggahan En. Mustafa dan En. Sam bagi lawatan kali ini. Tidak dilupakan juga kepada Penyelia Zon 2 Cik Rosmiza kerana mencadangkan PD kami :) . Selain itu, ucapan terima kasih juga kepada En. Tarmizi, En. Dahlan, En. Mazlan, En. Masri, dan Pn. Norwani :)

Lawatan kali ini amat bermakna dan pelbagai penambahbaikan serta nasihat yang telah diberikan oleh En. Mus dan En. Sam kepada kami. Terima kasih juga kerana keprihatinan dan tindakkan yang bakal diambil terhadap masalah yang telah diusurkan.

Terima Kasih semua... :)

  #terimakasihdaunkeladi 
#mailapdmataayer
#mai..oiii...mai...







Monday, 31 October 2016

FIESTA SENI 2016 "PERLIS PERMAI LAGI MEMPESONA"

AKTIVITI     : FIESTA SENI 2016 
TARIKH       : 26-27 OKTOBER 2016 
TEMPAT      : GALERI SENI LUKIS NEGERI PERLIS, PERPUSTAKAAN CAWANGAN   
                         SIMPANG EMPAT. 


Program ini merupakan kerjasama antara Perpustkaan Awam Negeri Perlis dan penggiat-penggiat  seni fotografi, seni kraftangan, seni lukis, seni persembahan dan mendapat penglibatan daripada pelbagai pihak. Program ini menjadi platform kepada peminat seni serta generasi baharu berkongsi idea dan bertukar pandangan tentang seni dengan berkonsepkan aktiviti bersama komuniti, mermatabatkan seni apresiasi seni berunsur alam semula jadi merangkumi sejarah dan kewujudan negeri Perlis, sosio budaya masyarakat, dan tempat-tempat menarik di negeri Perlis. Disamping itu juga, dapat mempromosikan negeri Perlis kepada umum. hasil karya ini akan dipamerkan di galeri Seni Lukis Negeri Perlis.

Majlis ini turut dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DTMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Antara lain yang menarik ialah terdapat pelbagai aktiviti sampingan telah diadakan sepanjang fiesta ini berlangsung seperti pameran, pertandingan mewarna tadika, nasi ulam dan asam pedas keladi, anyaman sarung cempedak, kursus fotografi, i play toy library, melukis, cari khazanah, pertandingan dam aji, congkak, sepak raga bulat, batu 7, baca jawi (kanak-kanak dan dewasa) isi air dalam botol, kerusi muzik, dan lambung kasih.

Berikut merupakan gambar sekitar majlis berlangsung. 

                                          Antara lukisan yang dipamerkan

                                          Foto Perlis Permai lagi Mempesona

Lukisan Potret DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DTMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

                                          Pameran oleh Perlis Nature and Wildlife




Thursday, 27 October 2016

AKTIVITI ZON 2

AKTIVITI  :  BUBUR ASYURA & I PLAY TOY LIBRARY
TARIKH     :  19 OKTOBER 2016
TEMPAT     :  PERPUSTAKAAN DESA MATA AYER

Pada minggu lepas zon 2 (Kangar) telah mengadakan aktiviti mengacau bubur asyura yang melibatkan semua petugas zon 2 dan pengguna Perpustakaan Desa Mata Ayer. 

Selain itu, turut diadakan aktiviti i play toy library yang melibatkan i play toy@Arau bersama kanak-kanak Tadika Munawarah, Mata Ayer.

Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menarik lebih ramai pengguna dari kategori dewasa, belia, dan kanak-kanak bagi mengunjungi perpustakaan. selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan petugas perpustakaan dengan masyarakat serta dapat membentuk kerjasama antara satu sama lain. 

Terima Kasih diucapkan kepada semua petugas dan pengguna yang terlibat...

Berikut gambar-gambar sekitar aktiviti berlangsung....

  Gotong royong menyediakan bahan-bahan untuk Bubur Asyura

                                                    Kacau jangan tak kacau... :)

Tengok tu...penyelia kami Cik Rosmiza :)

Dah siap...masukkan dalam bekas :)

Tunggu sejuk sikit...baru kita tutup na :) 


Aktiviti i play toy :)

 Gembiranya adik-adik tadika :)




Tuesday, 25 October 2016

INTIPATI BAJET 2017

TEMA BAJET 2017 : MENJAMIN PERPADUAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF, MENSEJAHTERAKAN KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH

Image result for TEMA BAJET 2017


YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016. 





RINGKASAN BAJET 2017

Wednesday, 19 October 2016

KURSUS TEAM BUILDING 2016




TARIKH : 14-16 OKTOBER 2016
TEMPAT : PERASA AUTOCAMP, CHANGKAT JERING, PERAK

Minggu lepas kami Team Perpustakaan Perlis Telah menghadiri kursus Team Building :)

Emm...tahun ni Kursus Team Building agak menarik. selalunya, kalau dengar kursus ja...mesti kat hotel kan?  ;) tapi kali ni...Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis telah memilih tempat kursus yang agak berbeza dan menarik. 

Kursus kali ini kami di bawa ke Kem Perasa, Perak. Emm...memang tak sabar nak kursus. tapi sebelum kursus kami telah diberi taklimat oleh En. Tarmizi. Taklimat yang diberikan oleh En. Tarmizi telah mengambarkan serba sedikit tentang kursus yang akan dihadiri....huhuhu
agak teruja dan tak sabar nak kursus....

Hmmm....hari yang dinanti-nanti telah tiba. Team Perpustakaan Perlis siap siaga untuk bekursus :)
kami menaiki bas dari perbadanan perpustakaan awam negeri perlis terus ke Kem Perasa, Changkat Jering, Taiping Perak. sampai ja di sana kami telah disambut oleh dua orang tenaga pengajar iaitu pak su dan wak...

Maka...bermulalah episod kursus yang berbentuk Softskill :). IQ (Hardskill) penting...namun yang utama ialah EQ (Softskill) :)

Terima kasih pak su, wak, Pn. Macita, En. Tarmizi, Cik Siti, dan rakan-rakan...

Tidak akan dilupai kulaan-kulaan semua...

Di bawah ada beberapa gambar ketika kursus ;)



  Baru sampai...hujan lebat...huhuhu
                                         
                                          Perisian Kursus

                                       Hidangan makan malam yang menarik :)


                                    Cabaran menyediakan hidangan makan malam :)


                                           HBD Pak Su dan Wak :)

                                        Cik Siti, Pn. Macita dan En. Tarmizi
    
                                       Suasana ketika kursus