Monday, 23 January 2017

HARI KELUARGA BAKERP PPANPs 2017

Tarikh : 21 Jan 2017
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Gua Kelam
 
Aktiviti :
#sukaneka
#cabutan bertuah
#kenduri rakyat
#sambutan hari lahir

Jom tengok gambar kemeriahan hari keluarga BAKERPS
#wearefamily








 
 
 

Wednesday, 11 January 2017

PERTANDINGAN BAKAT LAGU 60-an

Tempat : Auditorium PPANPS
Tarikh : 16 Disember 2016

Ha...program ini merupakan salah satu  program yang dianjurkan oleh Biro Kebudayaan BAKERP

Rupanya ramai yang berbakat dalam bidang nanyian...

Tahniah diucapkan kepada semua peserta...










Lawatan Sambil Belajar Ke Pulau Pinang

Tarikh : 10 Disember 2016
Tempat : Pulau Pinang

Program lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang ini adalah bagi tujuan menghargai pengguna dan petugas zon 2. 

Antara tempat yang dilawati ialah :

#Perpustakaan Awam Seberang Jaya
#Bukit Bendera
#Muzium 3D
#Padang Kota

Jom tengok bingkisan kenangan yang sempat dirakam... :)













Jom Pi Perpustakaan Desa Kampung Bongkok

Ha...baru nak update pasai Jom Pi Perpustakaan Desa Zon 2 di Mylike Kampung Bongkok....
(komputer rosak...) :( 

Tarikh : 12 Nov 2016
Tempat : Mylike Kampung Bongkok

Terdapat pelbagai acara yang telah dijalankan... anataranya ialah : 
#pertandingan loghat perlis
#pertandingan memasak
#permainan tradisional
#sukaneka
#pameran dari Jabatan lain (ada mencanting batik)
#mewarna kanak-kanak
#klik dengan bijak
#pemeriksaan kesihatan
#anugerah pembaca aktif

ok...jom tengok gambar sepanjang program berlangsung :)






















Monday, 14 November 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)

Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang hebat!!!

Anugerah yang diterima boleh dijadikan pembakar semangat, motivasi dan batu lonjatan untuk bekerja dengan lebih efekti, aktif dan progresif...

Anugerah ini juga menjadi kebanggaan kami sebagai rakan seperjuangan...

Apa yang lebih membanggakan di sini, ialah wakil daripada zon 2 (Kangar) telah menerima Anugerah tersebut. di mana Penyelia kami  iaitu Cik Rosmiza bt Kamih @ Alwi dan Petugas Pd Titi Tok Bandar iaitu En. Mohd Ridzuan b Mohd Razi turut menerima anugerah tersebut.

Antara lain, ialah kak Liza, kak Ila dan Zura...

#proudtobestafofPPANPs





Monday, 7 November 2016

LAWATAN PEMANTAUAN PERKHIMATAN PERPUSTAKAAN, KHIDMAT NASIHAT DAN MENINJAU KEROSAKAN BANGUNAN PERPUSTAKAAN DESA DI PERLIS

OLEH :

EN MUSTAFA BIN DAUD (PENOLONG PENGARAH KANAN, BPPD)
DAN 
EN. SAM SANI (PENOLONG JURUTERA, BPPD)

TARIKH : 07 NOVEMBER 2016


Alhamdulillah...syukur kepada Allah s.w.t kerana Perpustakaan Desa Mata Ayer telah terpilih sebagai tempat persinggahan En. Mustafa dan En. Sam bagi lawatan kali ini. Tidak dilupakan juga kepada Penyelia Zon 2 Cik Rosmiza kerana mencadangkan PD kami :) . Selain itu, ucapan terima kasih juga kepada En. Tarmizi, En. Dahlan, En. Mazlan, En. Masri, dan Pn. Norwani :)

Lawatan kali ini amat bermakna dan pelbagai penambahbaikan serta nasihat yang telah diberikan oleh En. Mus dan En. Sam kepada kami. Terima kasih juga kerana keprihatinan dan tindakkan yang bakal diambil terhadap masalah yang telah diusurkan.

Terima Kasih semua... :)

  #terimakasihdaunkeladi 
#mailapdmataayer
#mai..oiii...mai...







Monday, 31 October 2016

FIESTA SENI 2016 "PERLIS PERMAI LAGI MEMPESONA"

AKTIVITI     : FIESTA SENI 2016 
TARIKH       : 26-27 OKTOBER 2016 
TEMPAT      : GALERI SENI LUKIS NEGERI PERLIS, PERPUSTAKAAN CAWANGAN   
                         SIMPANG EMPAT. 


Program ini merupakan kerjasama antara Perpustkaan Awam Negeri Perlis dan penggiat-penggiat  seni fotografi, seni kraftangan, seni lukis, seni persembahan dan mendapat penglibatan daripada pelbagai pihak. Program ini menjadi platform kepada peminat seni serta generasi baharu berkongsi idea dan bertukar pandangan tentang seni dengan berkonsepkan aktiviti bersama komuniti, mermatabatkan seni apresiasi seni berunsur alam semula jadi merangkumi sejarah dan kewujudan negeri Perlis, sosio budaya masyarakat, dan tempat-tempat menarik di negeri Perlis. Disamping itu juga, dapat mempromosikan negeri Perlis kepada umum. hasil karya ini akan dipamerkan di galeri Seni Lukis Negeri Perlis.

Majlis ini turut dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DTMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Antara lain yang menarik ialah terdapat pelbagai aktiviti sampingan telah diadakan sepanjang fiesta ini berlangsung seperti pameran, pertandingan mewarna tadika, nasi ulam dan asam pedas keladi, anyaman sarung cempedak, kursus fotografi, i play toy library, melukis, cari khazanah, pertandingan dam aji, congkak, sepak raga bulat, batu 7, baca jawi (kanak-kanak dan dewasa) isi air dalam botol, kerusi muzik, dan lambung kasih.

Berikut merupakan gambar sekitar majlis berlangsung. 

                                          Antara lukisan yang dipamerkan

                                          Foto Perlis Permai lagi Mempesona

Lukisan Potret DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DTMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

                                          Pameran oleh Perlis Nature and Wildlife